En. Safwan dan Ayat Penyata


Ini adalah kali pertama saya menulis di blog ini dalam bahasa Melayu. Oleh kerana itu saya memutuskan untuk menulis di dalam bahasa baku, seperti yang kita belajar di sekolah dan bukan bahasa pasar yang lebih popular di kalangan kita, remaja-remaja zaman ini.

Semasa anda masih di sekolah, mesti anda pernah belajar mengenai jenis-jenis ayat yang terdapat di dalam bahasa ibunda kita ini. Ayat tanya dan ayat seru adalah antara contoh ayat-ayat tersebut. Di antara ayat-ayat ini, ayat penyata menarik minat saya dan saya ingin menulis tentang ayat penyata.

Sejak mengenali En. Safwan, rakan serumah saya yang paling ganas sekali, barulah saya mengetahui bahawa terdapat beberapa cabang di dalam ayat penyata. Kemungkinan saya tidak dapat menulis tentang semuanya kerana otak saya tidak mampu mengingat semuanya.

Ayat Bangga

Ayat ini sering terhasil apabila kami berlima makan malam bersama-sama. Safwan sebagai "penglipur lara" rumah ini sering memulakan topik untuk bersembang (Dan seringkai hanya beliau yang bercerita ...). Di saat ini selalu terselit secara sedar atau tidak sedar ayat bangga dalam cerita Safwan.

Contoh Ayat Bangga adalah seperti berikut:

"Satu sekolah panggil aku Mat Nor, sampai ke cikgu dan juga pengetua."
"Aku masa tingkatan 2 dah jadi fasilitator ..."

Walaupun tidak disengajakan, ia tetap merupakan ayat bangga.

Ayat Malu

Sebuah ayat perlu mempunyai syarat-syarat tertentu supaya layak digelar Ayat Malu. Terdapat 3 syarat sahaja, iaitu:
  1. Seseorang itu telah bercerita dengan yakinnya tentang sesuatu topik.
  2. Tapi sebenarnya apa yang diceritakan itu salah dan berjaya dibuktikan oleh orang kedua.
  3. Pencerita tersebut pasrah dan pipi pencerita menjadi sedikit kemerah-merahan.
Contoh Ayat Malu adalah seperti berikut:

"Eh ... Ia ke? Nanti saya kaji balik tentang topik tersebut."
"Aku ade juga dengar orang cakap begitu ..."

Ayat Tiba-Tiba

Ayat Tiba-Tiba (Saya pendekkan kepada ATT) ini selalu diluahkan oleh En. Safwan semasa semua orang mendiamkan diri di meja makan. Belia secara tiba-tiba memulakan topik perbualan. ATT juga boleh berlaku semasa perbualan telah mula berlaku dan seseorang secara tiba-tiba memulakan topik baru, walhal topik lama masih belum habis dibincangkan.

Saya tidak dapat memberi contoh untuk ATT, kerana ianya agak sukar untuk dijelaskan. Tetapi saya yakin para pembaca faham apa yang say hendak sampaikan.

Nota kaki: Contoh-contoh ayat telah dibakukan atas sebab-sebab tertentu. Terdapat juga di antara jenis-jenis ayat di atas yang semata-mata merupakan rekaan penulis dan tiada kena mengena dengan kisah kehidupan En. Safwan. Saya menulis artikel ini dengan harapan tidak disaman oleh para pemulis Dewan Tatabahasa. Ayat-ayat yang masih belum diterangakan, akan diterangkan di dalam artikel yang akan datang. Saya juga berharap seseorang yang asyik sedih kebelakangan ini supaya tersenyum apabila membaca artikel ini dan melupakan kesedihannya. Kesalahan ejaan atau tatabahasa sila rujuk di ruang komentar. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada saya yang sedang bersiap sedia nak pergi ke kelas ELT (Elektrotechnik) dan KEL (Konstruktionselemente).

Quote of the Day

"For him, the kampung was a place to live and work that was based on a steadfast and intimate relationship between man and nature. The village was a true reflection of life in the tropics." - Isa Kamari, The Tower

Comments

  1. wah.wah. anda sungguh mahir menggunakan tatabahasa yang betul. saya amat berbangga.

    apakata suatu hari nanti, anda menulis dalam deutsch. selamat hari raya.

    ReplyDelete
  2. ayat malas ade x? kerana diri saya merasa sangat malas yang sungguh-sungguh bak obor obor di lautan yang pergerakannya persis sampan berhilir mudik di gigi sungai. haha. saje menyemak. slamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. sungguh teruja dengan tindakan anda menulis dalam bahasa ibunda .."nyeh2" ^0^ ( bunyi ketika menggosokkan mata akibat kejutan luar biase )

    ReplyDelete
  4. eX to Amani : Deutsch? Blom sampai tahap itu.

    eX to Arfa : Ade2, boleh taruk dalam Ayat Penyata 2nd Revision. Awek Dodo? I'm honored.

    eX to Aneem : Tak percaya? Sebab Kambing halau aku pade kelas sebab tanak pidato dulu ke ... >_<

    ReplyDelete
  5. huh.. kekanda merasakan artikel tuan hamba pada kali sungguh menggelikan hati dan mengharukan.. kekanda bergelakan sehingga keluar dari bilik sambil berguling-guling lalu jatuh tangga.. nampaknya tuan hamba hebat juga menulis dalam bahasa melayu sempurna.. beserta dengan tatabahasa yang sungguh betul.. sungguh kekanda tidak tersangka.. setelah dirujuk dalam kamus tatabahsa edisi baru... tidak terjumpalah kekanda perihal ayat penyata yang terbahagi kepada tiga atau lebih itu.. nampaknya tuan hamba boleh lah menulis kamus tersendiri beserta dengan contoh yang pastinya menggunakan subjek safwan.. muahaha.. dah2.. poyo siot.. tp aku tau bm aku mmg power pun<-----ayat bangge.. ayat malu tu rasenye macam tau je sape.. hahahahahaha..

    ReplyDelete
  6. um, i dont really understand this post. but its very memberi pelajaran. but i dont remember ayat penyata of that type. huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. eX to Sho : Cis, komen penuh berpuisi.

    eX to Kish : Of course you don't remember, it's fictional. Ditzy!

    ReplyDelete
  8. "Pacal ini bertuah kerana tuan hamba menjadikan patik sebagai bahan bicara"..<-contoh ayat bangga zaman purbakala..^_°

    hahaha..bagus²..kembangkan lagi cabang menatan alah ni..bio berkembang lagi bahse kite..nga nga hahaha

    Anak-Anak Kita (M.Nasir)
    Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
    Di bawah mentari sumbing
    Sambil bernyanyi lagu
    Ketakutan hari-hari ini

    Anak-anak kitakah yang memikul beban
    Kesilapan kita
    Hingga dia tak kenal
    Budaya canggung bangsa sendiri..(aku tambah skitt)->x knal bahse sendirik

    ReplyDelete
  9. so to myth ilussion: nape satu entry pun xde kat dalam blog ko ni.. haha..

    ReplyDelete
  10. myth_illusion to sho:ade dulu aku da penah publish..last² aku rase malas..so, drpd xde pape nak letak aku pegi betape dulu jap..tggu arr..bile² dah tue bangke nnt aku start balik..(hohoh ni cm dah jd tpt chat aku dgn 'sho' ni)

    ReplyDelete
  11. aku sungguh rasa tertipu dengan post nie. cis.

    ReplyDelete

Post a Comment